#PrkSandakan : Kononnya Dap sewa kerusi MPS, tapi sebenarnya …….

DAP telah menjawab posting saya pagi ini yang menuduh DAP gunakan aset kerajaan tempatan untuk ceramah PRK Sandakan.

Mereka kata siapapun boleh menyewa dewan dan 500 buah kerusi.

Sebagai bukti, DAP menunjukkan satu surat permohonan daripada mereka kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Apabila wartawan tanya mana surat kelulusan dari MPS?

DAP kata tak ada.

Apabila ditanya berapa caj sewa yang dikenakan oleh MPS?

DAP jawab tak tahu tapi mereka akan bayar bila dituntut.

Oh, MPS guna skim bayaran belakang kira ke ni?

Tak apalah. DAP boleh tulis seberapa surat yang mereka mahu.

Bila surat itu ditulis, hanya mereka yang tahu.

Tapi bagus juga bahawa DAP membalas saya.

Sekurang-kurangnya, kita tahu mereka ada baca posting saya.

Sekarang kita nak tahu jika calon DAP PRK Cameron Highlands yang telah jelas melanggar undang-undang pilihanraya apabila memakai baju dengan logo parti di dalam pusat mengundi pada hari mengundi itu sudah di dakwa atau tidak.

Ahli-ahli media yang baca ini, minta tanya DAP.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker