Tradisi Tehran letak batu karbala di sejadah – SUA Mat Sabu

Setiausaha Akhbar (SUA) kepada Mohamad Sabu, Amin Shah Iskandar tampil menjelaskan mengenai penyebaran beberapa gambar menterinya sedang bersolat di sebuah Masjid di Iran.

Menurut beliau, adalah perkara biasa samada rakyat mahupun tetamu kenamaan luar negara diletakkan Turbah atau Batu Karbala di atas sejadah mereka.

Malah katanya, ia merupakan tradisi masyarakat Iran meletakan batu berkenaan di hadapan sejadah untuk tujuan bersolat.

“Memang tradisi di Masjid-masjid di Iran, turbah memang sedia diletak di sejadah.

“Semua org tanpa kecuali, apatah lagi sejadah VIP. Tinggal lagi terpulang kepada kita nak sujud di mana,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar Menteri Pertahanan itu sedang bersolat di sebuah masjid di Iran dengan kehadiran batu Karbala di hadapan sejadah beliau.

Melalui satu laman web berbahasa Parsi, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu dilihat sedang bersolat di sebuah masjid di Tehran berimamkan dengan Imam Ayatollah Emami Kashani.

Menerusi carian MalaysiaGazette mendapati, batu Karbala ini digunakan oleh penganut ajaran Syiah sebagai tempat sujud mereka ketika solat.

Batu Karbala itu dibuat dari tanah Karbala yang dianggap suci oleh masyarakat berkenaan kerana Karbala merupakan tempat terbunuhnya cucu Nabi Muhammad SAW, Hussain yang menjadi imam kepada kelompok Syiah ini. – MalaysiaGazette

Perkara ini telah dibincangkan oleh tokoh agama terkemuka dunia seperti bekas Mufti Arab Saudi, Shikh Abdul Aziz bin Baz, Dr Muhammad Said Ramadan al-Buty, Shikh Kurayyim Rajih dan ramai lagi.
Semua mereka melarang seseorang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah solat berimamkan imam Syiah.
Dikhuatiri pegangan golongan Syiah itu menyimpang daripada ajaran Islam sehingga menyebabkan mereka murtad.
Seperti yang kita ketahui, solat orang yang telah murtad adalah tidak sah selagi dia tidak bertaubat. Oleh itu, sebagai jalan selamat, ulama menyarankan supaya tidak solat di belakang seorang yang bermazhab Syiah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker