Kajian puas hati Mahathir sebagai Perdana Menteri jatuh menjunam.

Share

Kajian: 46 peratus puas hati Dr M sebagai PM

Menjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Menurut Merdeka Center, peratusan itu jauh merosot berbanding kadar 83 peratus pada Mei lalu – sebaik selepas PH mengambil alih pentadbiran – dan 71 peratus pada Ogos lalu iaitu menjelang 100 hari pentadbiran.


Kadar sokongan terhadap pentadbiran PH juga merosot daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018 kepada 39 peratus pada 11 Mac lalu.

Mkini

Leave a Reply