Benarkah beribu-ribu ekar tanah diserakah kepada CCCC dari China?

Semalam di China, Perdana Menteri Tun Mahathir telah menyaksikan tiga memorandum persefahaman (MoU) dimeterai.

Salah satu MOU tersebut ialah antara agensi kerajaan MIDA dan CCCC bagi pembangunan taman perindustrian, infrastruktur, hab logistik dan yang berkaitan dengan projek ECRL.

Tidak banyak perincian berhubung perjanjian ini sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan kita.

Ini perkara yang diluar kebiasaan kerana ia melibatkan pembangunan besar iaitu berkaitan taman perindustrian dan hab logistik. Sepatutnya ia menjadi tajuk utama dan menghebahkannya sebagai satu kejayaan kerajaan.

Adakah ini ada kaitan dengan apa yang didedahkan oleh blogger RPK minggu lepas yang mengatakan MIDA akan menyerahkan beribu-ribu ekar tanah kepada CCCC?

Terdedah: Perjanjian rahsia projek ECRL melibatkan ribuan hektar tanah diberi ke China

RPK juga mendakwa pemberian tanah dan projek kepada CCCC yang bernilai RM10 bilion itu merupakan perjanjian sampingan dalam projek ECRL.

Beberapa hari lepas, Menteri Kewangan kata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Bercakap kepada pemberita, Guan Eng memberitahu beliau tidak percaya mengenai kontrak sedemikian kerana ia tidak dibincangkan di dalam kabinet. Beliau turut menafikan pemberian tanah atau perjanjian seperti yang didakwa RPK.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/556236/ecrl-tiada-tanah-percuma-diberikan-kepada-china

Adakah Menteri Kewangan bercakap benar atau sebaliknya? Dan projek bernilai RM10 bilion ini tidak dibawa ke pengetahuan kabinet, sedangkan ia melibatkan tanah kerajaan yang akan diberikan kepada negara lain?

Lim Guan Eng perlu menjelaskan persoalan serius ini.

Dedahkan perincian kontrak dalam MOU ini dan bersihkan apa jua perjanjian sampingan yang mungkin ada dalam projek ECRL. Beliau juga perlu dedahkan sama ada CCCC diberikan pengecualian cukai jualan untuk projek ECRL atau sebaliknya.

Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker