#PrkSandakan : Putrajaya lulus projek bernilai RM2.28 bilion untuk Sandakan

Share


Adakah ini satu kebetulan atau memang rasuah pilihanraya ? Kenapa umum sekarang ? Hendak pancing undikah ?

Sekiranya ia dilakukan kerajaan BN maka akan Pakatan Harapan pastinya akan menjerit-jerit mengatakan ini rasuah pilihanraya. Tapi sekarang bila mereka menjadi kerajaan segalanya halal untuk dilakukan.

Berikut adalah artikel mengenai kelulusan projek-projek tersebut.

Putrajaya meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28 bilion di Sandakan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata, projek itu akan memanfaatkan kira-kira 400,000 penduduk di daerah berkenaan.

Katanya, kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan RM183 juta untuk membiayai 49 projek itu yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Antara projek itu ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip dianggarkan bernilai RM40 juta dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta membabitkan pemanjangan landasan dan penambahbaikan apron bagi meningkatkan keupayaan lapangan terbang itu.

Projek lain berkaitan industri berasaskan minyak dan kelapa sawit serta kemudahan jaringan pengangkutan untuk merancakkan ekonomi setempat.

“Kerajaan terus memberi penekanan serius ke atas pembangunan di Sandakan yang merupakan bandar ke-2 terbesar di Sabah, meliputi kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi dan Libaran.”

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *