Jadikan BN ‘Kambing Hitam’ Kegagalan Kerajaan PH Memalukan – Mahdzir

Share

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata adalah sangat memalukan bagi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menjadikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘kambing hitam” atas kegagalan Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memasukkan kaum India yang cemerlang ke dalam Program Matrikulasi KPM tahun ini.

Menurut beliau alasan Dr Maszlee kononnya penawaran 2,200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 oleh Kerajaan BN adalah bersifat one-off, berdasarkan kepada keperluan semasa dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi adalah amat tidak betul.

“Kerajaan BN amat komited untuk membantu kaum India dalam segala bidang, sebab itulah 1,500 tempat ditawarkan untuk Program Matrikulasi KPM kepada kaum India secara tetap bermula daripada pengambilan tahun 2012.

“Komitmen untuk membantu kaum India ini dipertingkatkan pada 23 April 2017 apabila Kerajaan BN melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Antara komponen penting Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia adalah janji Kerajaan BN untuk melakukan intervensi-intervensi tertentu untuk meningkatkan enrolmen pelajar-pelajar India di universiti awam, kolej dan politeknik sekurang-kurangnya tujuh peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap seterusnya menambah pada 24 Mac 2018, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menambah bilangan pelajar kaum India di kolej matrikulasi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk mengkaji tambah bidang atau tempat matrikulasi.

“Ini diikuti dengan pengumuman pada 7 April 2018 bahawa Kementerian Pendidikan di bawah pimpinan saya bersetuju menambah 700 lagi pelajar India ke kolej matrikulasi bermula sesi pengajian tahun itu menjadikan keseluruhan 2,200 pelajar.

“Pengumuman bahawa penambahan 700 lagi pelajar India ke kolej matrikulasi bermula sesi pengajian tahun itu adalah bukti bahawa jika BN masih menjadi kerajaan bilangan keseluruhan 2,200 pelajar akan dikekalkan pada tahun seterusnya.

“Malah, Kerajaan BN, sebelum mengalami kekalahan dalam PRU 14, sebenarnya mempunyai pelbagai perancangan lain bagi memastikan enrolmen pelajar-pelajar India di universiti awam, kolej dan politeknik mencapai tahap sekurang-kurangnya tujuh peratus.

“Tidak hairanlah jika pengundi India di Rantau kembali menyokong BN dalam PRK Rantau baru-baru ini kerana Kerajaan PH nyata gagal menjaga kepentingan mereka,” tambahnya.

Mahdzir turut menyenaraikan janji-janji PH untuk masyarakat India yang dicapati antaranya:

1. Kerajaan PH akan membiayai sepenuhnya semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

2. Kerajaan PH akan menubuhkan Sekolah Menengah Tamil dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

3. Kerajaan PH akan menambah jumlah pelajar India di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan di Maktab-Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

4. Kerajaan PH akan membuka lebih banyak ruang untuk anak-anak kaum India memasuki asrama di sekolah-sekolah menengah harian.-MediaUMNO. Umno Online

One thought on “Jadikan BN ‘Kambing Hitam’ Kegagalan Kerajaan PH Memalukan – Mahdzir

  • April 21, 2019 at 7:21 pm
    Permalink

    PH KAKI KENCING…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *