PH Gagal Uruskan Ekonomi, Asyik Guna Skrip ‘Blame Game’ Kerajaan Lalu

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahamd Maslan berpandangan kerajaan hari ini dilihat gagal dalam menguruskan ekonomi negara yang menyebabkan suasana dan keadaan yang tidak menentu malah mereka pula hanya sekadar berpegang kepada skrip ‘blame game’ kerajaan lalu.

“Bursa saham kita hilang 270 bilion… bererti ekonomi kita hilang RM270 bilion. Ini disahkan oleh laporan Suruhanjaya Sekuriti. Laporan Suruhanjaya Sekuriti menyatakan bahawa Bursa kehilangan 200 bilion dan sekarang 270 bilion. Ini ada dalam laporan Suruhanjaya Sekuriti dan boleh lihat.

“Jadi akibat kehilangan wang yang begitu banyak Bursa Malaysia, ini mengakibatkan dividen beberapa institusi jatuh. Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jatuh, Dividen hibah Tabung Haji menjadi ‘hiba‘, PNB melalui ASN dan ASB jatuh dan kemudian satu lagi yang jatuh ialah FGV. Jadi ini masalah mereka.

“Mereka tidak mahu mengaku itu salah mereka. Akibat daripada saham itu jatuh maka yang lain-lain pun jatuh. FGV jatuh… buat kertas putih bantai kita sedangkan yang sebenarnya mereka juga ada salah. Kemudian Tabung Haji jatuh mereka bantai kita sedangkan mereka juga salah. Mereka ‘blame game‘. Mereka tidak mahu mengakui kesalahan mereka sendiri,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ahmad seterusnya menambah dua kesalahan mereka dalam bab ekonomi yang menyebabkan saham jatuh pertamanya kerana mereka menyatakan hutang satu trilion… ianya istilah ‘spook the market‘… semacam seolah-olah kita ini menipu data ekonomi sedangkan ianya tidak begitu.

“Mereka kata hutang satu trilion sedangkan dalam dokumen rasmi mereka… saya merujuk kepada dua dokumen rasmi iaitu laporan separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), keduanya laporan ekonomi sempena bajet 2019. Ada dua dokumen rasmi mengesahkan hutang RM686 bilion tetapi dalam ceramah mereka dan dalam kenyataan mereka menyebut bahawa hutang RM1 trilion.

“Perbuatan itu ‘spook the market‘… ertinya mereka menganggu psikologi pasaran saham yang menyebabkan ‘lost confident’. Pelabur asing di Bursa Malaysia menjual saham mereka… menjual pegangan saham tempatan. Itu fakta dan sehingga semalam mereka masih lagi menjual. Bererti mereka tidak yakin dengan pasaran Malaysia.

“Satu lagi sebab kenapa pasaran jatuh ialah mereka membuat sesuatu yang tidak dibuat oleh negara lain iaitu kembali kepada cukai yang tidak telus, cukai yang dah lama ditiggalkan di negara-negara di dunia, cukai yang boleh menyebabkan orang menipu… tidak ada di dalam dunia ini orang yang dah buat ‘Goods And Servises Tax’ (GST) kembali kepada ‘Sales and Service Tax’ (SST). GST adalah sistem yang lebih cekap dan sistem yang lebih telus.

“Akibat daripada itu ‘market‘ dan ekonomi tidak dapat gambaran bagaimana mereka mahu mendapatkan kembali lompong besar kehilangan pendapatan yang patutnya diberikan kepada rakyat. Jadi dua sebab itu… satu pembohongan hutang dan lagi satu kelompongan terhadap hasil negara setelah dibuang GST… jadi itu menyebabkan pasaran hilang 270 bilion yang menyebabkan segalanya haru-biru dari segi bab ekonomi,” tambahnya.

Tambah beliau lagi kegagalan menangani ekonomi menyebabkan difist makin meningkat.

“Gagal menangani ekonomi… defisit kita makin meningkat… hutang satu lagi makin meningkat… apabila mereka mengambil alih kerajaan mereka kata nak turunkan hutang tetapi hutang tidak turun… RM686 bertambah minggu lepas RM777 bilion… jadi hutang bertambah RM91 bilion dan makin bertambah sedangkan apabila sepatutnya mereka kata hutang… hutang… hutang… bererti sepatutnya mereka turunkan… tetapi mereka tidak turunkan.

“Mereka tambah Bon… contoh seperti Samurai Bon… itu tambah hutang… dan mereka sentiasa tambah hutang apabila lompong dalam pendapatan… jadi cara untuk mendapatkan pendapatan mereka berhutang. Jadi ini yang amat merbahaya apabila berhutang defisit akan bertambah… apabila defisit bertambah ekonomi akan terus rosak… sebab defisit adalah tanda kerosakan ekonomi. Mereka tidak pandai mengurus ekonomi… kerajaan yang gagal mengurus ekonomi,” ujarnya. – MediaUMNO

Umno Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker