Afidavit Adib tidak dipukul perlu ditarik balik – Ummah

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendesak afidavit difailkan pejabat Peguam Negara yang mengatakan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipukul ditarik balik.

Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berkata, afidavit itu tidak sepatutnya difailkan kerana prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib masih berjalan.

Sehubungan itu ujarnya, Peguam Negara, Tommy Thomas perlu meletakkan jawatan jika perkara tersebut tidak ditangani segera.


“Ummah dan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meragui afidavit tersebut dan mempersoalkan akuan bersumpah Peguam Negara dan bagaimana afidavit ini dibuat ketika inkues sedang berjalan.

“Seolah-olah ada satu konspirasi yang dibuat oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk mengatakan bahawa arwah Adib bukan mati disebabkan dipukul tetapi disebabkan dilanggar kenderaan yang berada di lokasi berkenaan,” katanya kepada pemberita di Taman Melawati di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker