Bloomberg iktiraf matawang dan Bursa Malaysia sebagai terburuk di Asia.

Bloomberg kata pelaburan asing sebanyak US$8 bilion (RM 34 bilion) akan ditarik balik dari Malaysia apabila kita ditendang keluar dari indeks global FTSE Russell setelah bon kita diturunkan penarafan.

Campur ini dengan dana US$1.9 bilion (RM8 bilion) dari Tabung negara Norway yang mereka umum akan keluarkan dari bon Malaysia.

Ini bermakna dana pelaburan asing sebanyak RM42 bilion pelaburan asing akan mengalir keluar lagi pada bulan-bulan mendatang.

Dah sepuluh tahun kedua-dua FTSE Russell dan Norway percaya dengan Malaysia.

Sekarang kedua-dua mahu belah. Agak sedih dan mengejutkan.

Ini akan meningkatkan tekanan ke atas ekonomi negara dan matawang Ringgit yang telah menerima gelaran “Asia’s Worst Currency” untuk bulan ini.

https://www.bloomberg.com/…/malaysian-ringgit-staggers-afte…

Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Habislah..setakat juara kampong aje rupanya..tapi dalam plenet bumi ni..negara kita amat teruk.

    Kalau keadaan ini tidak dibaiki..negara kita akan menjadi mangsa negara2 yang memang sejak dahulu mahu kita jatuh dan tunduk kepada kehendak mereka akhirnya.

    Pada masa itu kita mungkin telah menjual negara kita sendiri.

    Kita akan menjadi sasaran mudah..kerana pada saat yang paling teruk..kita terpaksa mencari tempat bergantung.

    Kita negara Islam..kita tahu siapa musuh2 kita yang sebenar diluar sana.

    Tapi itulah…kepada rakyat marhaen yang biasa2 macam saya ni..kenalah mendengar arahan untuk mengikat perut..mungkin paling lama pun dalam 6 bulan aje. Sebab Daim kata dalam masa 6 bulan..semua akan ok.

    Sama2lah kita berdoa…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker