Kementerian Kewangan lulus kontrak rundingan terus?

Share

Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang dengan pendirian melaksanakan tender terbuka dalam perolehan kerajaan sebelum ini, tersebar dalam media sosial surat kelulusan oleh Kementerian Kewangan yang meluluskan permohonan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan perolehan kerajaan secara rundingan terus.

Tersebar dalam media sosial hari ini sehelai surat daripada Kementerian Kewangan yang meluluskan pelaksanaan perolehan secara rundingan terus Kementerian Dalam Negeri dengan syarikat Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd. (MSMSB).

Surat bertarikh 28 Mac 2019 itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ia berhubung kontrak perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti bagi peralatan infrastruktur, server, perisian dan radio pengguna Sistem Royal Malaysia Police Net (RMPNET) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut surat yang disebarkan oleh pengguna Twitter, Azmanhaj itu, Kementerian Kewangan tidak meluluskan permohonan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan perolehan tersebut secara rundingan terus dengan MSMSB bagi tempoh lima tahun dengan anggaran kos sebanyak RM380 juta.

Namun begitu, Kementerian Kewangan bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri diluluskan untuk melaksanakan perolehan berkenaan secara rundingan terus dengan syarikat MSMSB bagi tempoh satu tahun sahaja dengan anggaran kos sebanyak RM56.3 juta supaya sistem RMPNET tersebut tidak terjejas.- UTUSAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *