Bursa Malaysia naik pangkat kepada bursa paling teruk dalam dunia – Najib

Share

Semalam, Bloomberg telah menaikkan pangkat Bursa Saham kita dari “sole loser” di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019 ini.

Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia. Tahniah kepada Menteri Kewayangan kita!

Bloomberg juga berpendapat bahawa Harapan untuk kerajaan PH menarik balik pelabur asing bagi memulihkan ekonomi semakin pudar setiap hari.

Manakala Bloomberg mengesahkan bahawa Bursa kita mencapai rekod tertinggi di bawah BN sebelum PRU14 tetapi kini sudah jatuh 14%.

Pasaran-pasaran saham di dunia sedang dalam keadaan “rally” ataupun dalam trend menaik.

Malangnya, Malaysia adalah satu sahaja yang jatuh.

Sebelum PRU14, Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu “world’s longest running bull market.” sehingga kita capai tahap tertinggi pada awal bulan Mei sebelum PRU14.
https://www.bloomberg.com/…/malaysia-home-to-the-world-s-lo…

Tapi Raykat tak suka “world’s longest running bull market”. Ataupun pasaran saham yang sering mencipta rekod tahap tertinggi.

Raykat lebih suka “World’s worst share market” pulak.

Di mana kata kata pemimpin PH kata ekonomi kita semakin baik?

Benda boleh menipu, buat apa cakap benar?

NAJIB RAZAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *