Tun Daim Tutup Bangkai Gajah Bawah Nyiru?

oleh Ab Jalil Backer

Menurut Tun Mahathir, antara persetujuan yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin ialah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan the China Communications Construction Company Ltd (CCCC) akan menubuhkan syarikat usahasama bagi mengurus operasi dan selenggara East Coast Rail Link (ECRL) project.

Kata beliau, CCCC akan memberi sokongan teknikal dan berkongsi risiko operasi selepas projek siap.

“This arrangement will ease the financial burden on Malaysia, which previously had to bear the entire costs of maintenance and operations.”

Kenyataan ini sangat mengelirukan. Selalunya penyelenggaraan projek sebegini diberikan kepada syarikat asing apabila kita tiada kepakaran teknikal.

Namun dalam isu ini Perdana Menteri memberi gambaran yang mengelirukan rakyat seolah-olah CCCC akan menanggung kos penyelenggaraan dan pengoperasian di luar tempoh jaminan (warranty).

Jika benar CCCC akan menanggung kos ini kita cabar didedahkan perjanjian bertulis ini.

Apa yang saya syak akan berlaku ialah kemasukan CCCC dalam JV pengurusan ECRL ini adalah kaedah kerajaan membayar kos tambahan dari penurunan kontrak.

Kemungkinan besar kos sebenar ECRL ialah RM55 bilion namun dipecah kepada dua bahagian bagi mengelabui mata rakyat.

Pertama pembayaran langsung sebanyak RM45 bilion. Selebihnya dibayar melalui projeksi keuntungan syarikat usahasama tadi.

Kebimbangan saya syarikat ini akan mendapat kontrak dengan kerajaan dalam keadaan membebankan kerajaan masa depan.

Ini kerana sudah ada sejarah perjanjian berat sebelah antara Kerajaan pimpinan Mahathir-Anwar dan Daim dengan pemegang konsesi tol dan ERL pada era 90-an.

Sukar untuk kerajaan menyembunyikan bangkai gajah kali ini.

Related Articles

2 Comments

  1. Maafkan saya..memandang kerajaan hari ini terlampau banyak sangat kecelaruan dan putar belit serta muslihat yang bukan-bukan yang tidak pernah berlaku sblum ini, saya sebagai rakyat pohonkan penyatuan Ummah ini dan terutama sekali parti UMNO agar secara lebih agresif memberi penerangan tanpa jemu kpd seluruh rakyat jelata agar putar belit kerajaan sekarang didedahkan dan dipertontonkan…dan..saya pohonkan kpd kepimpinan UMNO agar diperbaiki segala kelemahan dan kesilapan yg lalu agar tidar berulang kerana pedih yg ditanggung sekarang amat terasa sekali. Ketepikan segala bentuk kepentingan diri.. berjuang lah demi Agama, bangsa dan negara tercinta.. SELAMAT BERJUANG KEPADA KEPIMPINAN UMNO dan RAKAN DALAM PENYATUAN UMMAH.

  2. Sangat setuju dengan pandangan ini. Orang Melayu Islam sudah dipecah perintah dan diracun minda sehingga gagal melihat lebih jauh agenda kerajaan PH yg menyesat ummah!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker