ECRL : Tiada penjimatan kos , hanya skop kerja dikurangkan

Jumlah stesen sudah kurang. Tidak sampai lagi ke Wakaf Bharu, Tumpat dari Kota Bharu.

Kos terbesar iaitu melalui banjaran Titiwangsa juga tidak dibelanjakan lagi.

Oleh itu, satu matlamat penting untuk mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu di bawah 4 jam tidak tercapai lagi.

Syarikat yang diberikan konsesi untuk mengendali operasi dan penyelenggaraan ECRL juga tidak lagi milik 100% Malaysia tetapi 50% kepentingan diberi kepada syarikat milik China.

Tetapi kos ECRL baru masih RM44 bilion.

Maka, Tony Pua perlu ubah sedikit tuduhan bertahun-tahun dia.

Kini, dia perlu tanya kerajaan PH:

“Maka, katanya lagi, persoalan mengapa CCCC diberi kontrak bernilai RM55 bilion secara terus – sedangkan anggaran projek tidak mencecah RM30 bilion. Ke mana lebihan RM15 bilion itu pergi?”

Siapa yang rembat RM15 bilion sekarang?

Kalau Tony Pua tidak bertanya maka sekali lagi PH kantoikan sendiri fitnah mereka bahawa saya terlibat dalam rasuah berpuluh bilion ringgit dengan projek ECRL.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker