Kekalahan di Rantau jadikan Anwar bermasalah, kata penganalisis

Kekalahan pada pilihan raya kecil (PRK) Rantau menjadikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bermasalah kerana ia menunjukkan pengundi bukan Melayu mula hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH), menurut seorang penganalisis politik.

Kamarul Zaman Yusoff berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan kawasan pilihan raya berbilang kaum dan walaupun PKR juga sebuah parti berbilang kaum, “kelihatan pengundi India tidak sepenuhnya menyokong calon PKR”.

PRK mencalonkan pakar bius, Dr D Streram untuk berdepan timbalan presiden Umno dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN). Mohamad menang dengan majoriti 4,510 undi.

“Ini menunjukkan orang India tidak berpuas hati. Begitu juga orang Melayu yang mengundi menentang PH,” Kamarul memberitahu FMT.

Beliau berkata, PH perlu memeriksa kenapa parti kerajaan itu kehilangan pengaruh, sehinggakan tokoh besar seperti Anwar tidak berjaya meyakinkan pengundi supaya memilih PH.

Komposisi pengundi di DUN Rantau terbahagi sama rata antara 55% pengundi Melayu dengan 45% bukan Melayu.

Kamarul Zaman berkata, satu sebab lain kenapa PH tewas di Rantau ialah faktor pilihan calon.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya tahu bahawa Mohamad atau Tok Mat merupakan “tokoh besar dan beliau sepatutnya meletakkan tokoh yang sama besar sebagai calon”. PH memerlukan calon boleh memang bagi menghadapi tokoh besar BN.

Katanya Anwar sepatutnya tidak mencalonkan pemimpin tidak ternama di Rantau kerana ia adalah sebuah kawasan pilihan raya dengan komposisi kaum yang seimbang.

Mohamad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau selama 3 penggal dan menteri besar Negeri Sembilan selama 14 tahun.

“Pengundi bukan Melayu sedar Umno bekerjasama dengan PAS, namun mereka memilih untuk mengundi BN. Pengundi nampaknya semakin yakin dengan BN,” katanya.

PRK Rantau diadakan sebulan sebelum satu lagi PRK di kerusi Parlimen Sandakan, Sabah pada 11 Mei depan. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, ahli Parlimen 2 penggal dan pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt.
FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker