Ucapan berbaur rasis : Kula Segaran tidak perlu putar belit, cipta alasan

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran sepatutnya tidak perlu memutar belit dan mencipta pelbagai alasan bagi menafikan kontroversi ucapan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kelmarin.

Lebih menyedihkan, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu enggan mengaku kesalahan tersebut, sebaliknya berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pemuda UMNO.

Tindakan Naib Pengerusi DAP itu mendapat kritikan warga maya, berikut antara tulisan mereka di akaun Facebook Kula Segaran:

“SANGAT jelas kamu bermain dengan isu kaum dan terbukti kamu daripada parti perkauman yang mendakwa parti pembangkang lain. Saya rasa kamu sepatutnya letak jawatan sebagai menteri. Ini bukan caranya.”

T. DINESH

“TINDAKAN serta-merta! Bagus. Bagaimana dengan isu 300,000 orang India tiada warganegara? Gaji minima?”

P. MUGUNTHAN

“YB, mengaku dan bergerak ke depan. Lain kali, jangan buat secara langsung Facebook kalau kamu merancang memberi ucapan yang sama.”

S. SUJITA

“TOLONG terima kesalahan kamu Tuan.”

M. NARVINDRAN

M. Kula Segaran.
M. Kula Segaran.

“JADI Malaysiakini juga dikawal oleh UMNO ketika mereka mengesahkan terjemahan itu.”

MUHAMMAD AIMAN

“VIDEO itu adalah bukti YB. Jangan pusing-pusing. Apapun yang kamu cakap akan digunakan untuk melawan diri sendiri”.

NAZRI NADZARI

“TERIMA kasih YB kerana tunjuk sifat sebenar anda. Pengundi Rantau pasti akan ingat ucapan rasis anda ini”.

ASYRAF HAMDAN

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker