Kemenangan Tok Mat : Bakti disemai, budi dituai

oleh Ab Jalil Backer

Bertabahlah Dr Streram. Bukan salah anda kalah dalam PRK ini.

Pertamanya, pengundi di Rantau mengenang budi Mohamad Hj Hasan yang telah lama berbakti kepada kawasan tersebut. Seperti saya tulis dalam Sinar Harian minggu lalu, semua kaum menikmati pembangunan kawasan Rantau.

Justeru bila datang pemimpin kanan Pakatan Harapan menghina, mengherdik dan mencerca Tok Mat, maka pengundi di Rantau memberi pengajaran berguna kepada mereka.

Ucapan-ucapan pemimpin PAN, DAP dan PKR mempersoalkan sumbangan Tok Mat kepada penduduk Rantau telah menjadi senjata makan tuan.

Kedua, pengundi sudah bosan dan letih dengan retorik kerajaan Pakatan Harapan terutamanya membabitkan masalah ekonomi, peluang pekerjaan dan melakukan pelbagai perkara yang merosakkan negara.

Mereka mahu memberi peringatan bahawa rakyat sudah bosan dengan retorik menyalahkan kerajaan lama.

Ketiga pengundi marah dengan segala penipuan dan pendustaan janji-janji PRU. Kini bila tiba PRK berjanji bulan dan bintang lagi.

Keempat, pengundi juga marah kerana mereka terpaksa keluar membuang undi lagi hanya kerana kerakusan Pakatan Harapan hendak menambah kerusi.

Pakatan harus berhenti mencari jalan menambah kerusi melalui Mahkamah seperti berlaku di Cameron Highland dan Rantau.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker