BN Menang Rantau: Bukti Rakyat Dah Muak Dgn Kebodohan & Pembohongan?

Tahniah Datuk Seri Mohammad Hassan yang menang cemerlang di PRK Dun Rantau sebentar tadi. Sekalipun tak sama cemerlang dengan majoriti pilihanraya DUN Rantau terakhir yang beliau menang pada tahun 2013, lebih 8 ribu undi, tapi dalam keadaan sekarang, keputusan ini adalah begitu cemerlang.

Rasanya dalam 3 keputusan PKR yang BN menang secara berturut-turut, ini majoriti paling besar yang kita berjaya capai. Paling manis katanya, Tok Mat menang hampir di semua PDM, termasuk PDM majoriti kaum cina dan india.

Apa pun, ini bukti rakyat dah muak dengan pelbagai kebodohan, penipuan dan pembohongan parti lawan sejak menang tak berapa bergaya 10 Mei tahun lepas.

Memetik kata pemimpin Pakatan sendiri, sebelum menang menipu, dah menang pun menipu lagi.

Prestasi orang Pakatan sebagai anggota pentadbiran pun tak memuaskan hati rakyat. Nama saja Menteri tapi bila bercakap, ada bunyi rasis, ada bunyi bodoh. Sepertinya ada Menteri kejap kata laporan audit silap lepas tu bila dipersoalkan balik oleh Datuk Seri Najib, dah laporan kewangan pulak yang dimaksudkan.

Janji-janji populis dan disifatkan sebagai tak masuk akal oleh pakar pengangkutan sendiri seperti ECRL nak lalu Negeri Sembilan – yang hanya keluar waktu PRK Rantau ini saja pulak tu, tak berjaya menarik minat pengundi.

Agaknya pengundi Rantau masih terkenang nasib pengundi Semenyih dan “cadangan” janji tol percuma waktu subuh yang tiba-tiba muncul waktu kempen PRK di sana berlangsung.

Entah apa jadi dengan “cadangan” yang itu, senyap saja lepas kalah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker