Abang Pengerusi SPR bakal Ketua Hakim Negara ?

Abang Art Harun bakal Ketua Hakim Negara?

Tan Sri Richard Malanjum bakal menamatkan kerjayanya Ketua Hakim Negara dalam masa beberapa jam lagi.

Namun sehingga kini, masih tidak kedengaran nama yang bakal menggantikan Malanjum.

Mengikut kebiasaan, jawatan tersebut akan diisi oleh bakal pemegang jawatan itu dalam tempoh masa seminggu kerusi tersebut dikosongkan.

Menurut portal berita The Edge, nama Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun yang juga abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun turut disebut-sebut.

Abang sulung mereka, Mahadir pernah bertugas sebagai penasihat undang-undang kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Bagaimanapun, terdapat juga cakap-cakap yang mengatakan bakal Ketua Hakim Negara merupakan seorang wanita.

Sekiranya benar, negara dan badan kehakiman akan mencatat sejarah buat kali kedua kerana jawatan tersebut selama ini hanya dipegang oleh lelaki.

Bagaimanapun, calon terdekat, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah yang kini merupakan ‘orang nombor tiga’ dalam badan kehakiman bakal bersara wajib bulan hadapan.

Dua lagi individu yang bakal mengosongkan kedudukan masing-masing kerana bersara wajib ialah ‘orang nombor dua’, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan ‘nombor empat’, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah.

Ini sekaligus menjadikan terdapat empat kekosongan jawatan tertinggi badan kehakiman yang perlu diisi segera. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker