Sombongnya Rafizi Ramli

oleh Ab Jalil Backer

Rafizi menulis, “Saya tidak pernah kalah lagi di mahkamah setakat ini apabila disaman oleh pemimpin UMNO. Saya juga tidak pernah meminta maaf setakat ini. Kedua-dua kes saman oleh pemimpin UMNO terhadap saya yang telah selesai berakhir apabila pemimpin UMNO yang menyaman menarik balik saman tersebut.”

Apa yang menarik perhatian saya ialah kebanyakan contoh yang beliau berikan tidak pula menunjukkan tuduhan beliau betul. Kebanyakannya beliau bergantung kepada hak mengkritik dan mengulas sahaja.

Namun satu kes paling menarik ialah apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaman beliau dan kemudiannya mereka membuat penyelesaian luar mahkamah.

Apa Rafizi tulis?

“Saman Dato’ Seri Zahid Hamidi mengenai skandal Puspahanas yang diberikan kepada syarikat pemimpin Wanita UMNO – beliau menarik balik saman setelah kami (beliau dan saya) bersetuju penjelasan beliau bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan LTAT membeli syarikat milik pemimpin Wanita UMNO itu adalah benar dan membuat kenyataan bersama. Saya tidak meminta maaf.”

Beliau sudah jelas mengakui salah tuduh tapi dengan bangga memberitahu rakyat beliau tidak minta maaf.

Adakah ini ajaran Islam dan adab Melayu?

Lihat pula sikap berbudi dan lemah lembut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau tidak pun memaksa Rafizi memohon maaf. Beliau hanya mahu membuktikan tuduhan tersebut tidak benar.

Orang seperti Rafizi langsung tiada perasaan malu dan rendah diri.

Rafizi juga tidak merasa malu walaupun jelas ada video menunjukkan sebelum PRU-14, beliau menyatakan ada formula menurunkan harga petrol ke RM1.50 seliter.

Malah beliau pernah menafikan janji petrol RM1.50 dalam PRU lepas. Beliau mendakwa itu janji PRU-13.

Bila salah tuduh pun langsung tidak rasa bersalah. Bila berjanji beliau tidak segan silu menafikannya.

Agak kasar untuk menggelar beliau munafik. Panggil sesumpah cukuplah.

Related Articles

One Comment

  1. Yg kena bayar fasal fitnah nfc tu macam mana? Yg lain sebab AG pariah tu memang menyebelah kamu. Boleh gugur dengan mudah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker