Nak dengar lagu dan tonton filem di rumah pun kena cukai di bawah kerajaan PH.

Dua cukai baru dari Kementerian Kewayangan telah dibentang dan diluluskan bacaan pertama di Dewan Rakyat semalam.

1. Cukai 6% ke atas pembelian sebarang perkhidmatan digital seperti Netflix, Spotify, Steam, perisian, lagu, video, perkhidmatan emel dan web atau pembelian iklan bermula 1hb Januari tahun depan.

Beli apps dari Appstore pun kena Senyap Senyap Tibai 6%.

2. Levi pelepasan ke atas sesiapa yang mahu keluar negara akan dikenakan RM20 jika menuju ke negara Asean dan RM40 jika ke negara lain bermula 1hb Jun tahun in.



Kedua-dua cukai ini tidak pernah wujud zaman BN tetapi inilah yang ‘Raykat’ mahu.

Kerajaan PH pernah berjanji bahawa tidak ada cukai baru dalam tahun ini.
https://www.themalaysianinsight.com/s/141547

Tetapi semalam, dua cukai baru telah diluluskan di Dewan Rakyat .

Cukai 6% untuk pembelian sebarang perkhidmatan digital dan levi pelepasan sehingga RM40 seorang yang bermula 1 Julai ini.



Bulan Mac yang baru lalu, cukai untuk 4 bidang perkhidmatan juga diperkenalkan, iaitu untuk perkhidmatan hiburan, pembersihan, latihan dan pelaburan.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kastam-4-lagi-perkhidm…/

Kalau nak bawa kanak-kanak ke taman tema, basuh baju di dobi, pergi kursus dan beli saham, kena bayar cukai.

Cukai gula juga akan mula dilaksanakan pada 1 Julai tahun in.

Ini yang Rakyat mahu sambil bersama-sama mencapai impian hutang RM1 trilion dengan PH.



Hutang rasmi negara sudah naik dari RM686 bilion ke RM780 bilion selepas PH memerintah.

‘Raykat’ sudi sumbang kepada PH melalui banyak cukai-cukai baru.

Tetapi, masalahnya ialah Rakyat turut terkena.

Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker