Rampasan kuasa boleh berlaku di Malaysia – Khalid Samad

Rampasan kuasa di Malaysia? Tiada yang mustahil, kata menteri

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata Malaysia tidak boleh menolak kemungkinan bahawa rampasan kuasa boleh berlaku di negara ini jika orang Melayu terpengaruh dan mempercayai kedudukan mereka dalam bahaya.

“Tiada yang mustahil.

“(Ini) khususnya apabila 70 peratus adalah penduduk Melayu dan jika mereka cukup terpengaruh dan mempercayai bahawa kedudukan mereka dalam bahaya. Seperti yang kamu ketahui, polis dan tentera juga adalah institusi berasaskan Melayu.

“Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menangani masalah ini dengan berhati-hati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan rampasan kuasa berlaku di Malaysia susulan dakwaan kemungkinan kerajaan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad digulingkan.

Katanya, Malaysia perlu lebih berhati-hati kerana negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain.

“Malah dalam masyarakat seperti Mesir, isu kepelbagaian kaum tidak wujud, tetapi rasa tidak selamat dan ketidakpastian dengan kemunculan kerajaan baru setelah pemilihan secara demokrasi, dimainkan oleh daulah terpendam atau deep state.

“Jadi, sepatutnya, mereka harus dianggap kurang terdedah (terhadap rampasan), tetapi dalam keadaan mereka (rampasan kuasa) ini terjadi; jadi dalam kedudukan kita, kita mesti lebih berhati-hati,” katanya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker