Kerajaan PH kenakan levi pelepasan.

Denda sebanyak RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun bagi mana-mana individu yang mengelak atau membantu orang lain mengelak levi pelepasan di bawah Rang Undang-undang (RUU) Levi Pelepasan 2019.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, ini kerana mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah membayar levi pelepasan.

Beliau dalam bacaan kali pertama RUU itu mencadangkan, mana-mana orang yang tidak membayar levi apabila meninggalkan Malaysia sudah melakukan kesalahan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Pada pembentangkan Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan levi pelepasan dikenakan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara bermula 1 Jun tahun ini bagi tujuan mengalakkan pembangunan pelancongan dalam negara.

“Kadar levi yang dicadangkan RM20 jika menuju ke negara Asean dan RM40 jika ke negara lain. Levi ini tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan oleh lapangan terbang,” katanya sewaktu membacakan usul RUU Levi Pelepasan 2019 kali pertama dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. -UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker