Tsunami anak muda sedang menuju ke arah PH – Tok Mat

Share

Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan gelombang kebangkitan muda yang telah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini mula berpatah balik ke arah Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, situasi itu dilihat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Semenyih apabila BN menang hasil sokongan pengundi muda.

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini menambah, selepas 10 bulan PH mentadbir negara, anak-anak muda menyedari bahawa mereka telah tertipu dengan janji dan fitnah yang direka bagi menjatuhkan BN.

“Yang paling cepat sedar mereka dibohongi adalah anak-anak muda. kalau dulu saluran yang amat ditakuti oleh BN dalam mana-mana PRK atau PRU adalah saluran pengundi muda iaitu saluran 4,5 dan 6, kalau tak ramai pengundi. Kalau besar jumlah pengundi, saluran 8,9,10 dan 11.

“Dulu kita takut saluran ini kerana biasanya mereka tidak undi BN, tetapi sekarang saluran ini yang beri kemenangan besar kepada kita.

“Ini jelas bahawa golongan muda yang membawa ombak baharu sehingga tenggelamkan kita pada PRU-14, hari ini tsunami itu berpusing ke arah dan PH kini berdepan tsunami yang mereka cipta sendiri,” katanya ketika berkempen di Kampung Bemban di sini malam tadi.

Mohamad berkata, ramai yang terpesona dengan janji-janji dibuat PH semasa PRU-14 antaranya untuk memansuhkan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bayaran tol, menurunkan harga minyak serta melupuskan pinjaman peneroka Felda.

Dalam pada itu, beliau berkata, BN tidak akan tumbang di Negeri Sembilan dalam PRU-14 sekiranya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan Pas.

Beliau berkata, sebagai contoh di kerusi DUN Labu, BN tewas dengan kira-kira 800 undi kepada PH ekoran calon Pas turut bertanding di kawasan yang sama.

“Sebab itu saya beritahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kita tak akan ke mana kalau terus berlawan. UMNO dan Pas adalah dua parti orang Melayu terbesar tapi sebab tak ada persefahaman dan tak bersatu, kita kalah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Tsunami anak muda sedang menuju ke arah PH – Tok Mat

  • April 4, 2019 at 09:58
    Permalink

    Terbaik Tok Mat. Saya orang pas, tetapi saya sendiri sangat tidak bersetuju dgn kaedah politik yg digunapakai oleh Pas selama ini. Iaitu kaedah ” umno adalah musuh politik pas “. Rujuk lah al quran, al hadis assyarif. Adakah di dalam keduanya kita sesama saudara seagama disuruh bermusuh? Tiada… yg ada adalah kewajipan berbuat baik sesama saudara.. firman Allah swt..
    إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله….
    Maksudnya..
    ” sesungguhnya org2 yg beriman itu bersaudara, maka hendaklah ( wajib ) kamu berbuat sesama saudara kamu dan bertaqwalah kpd Allah…”
    Sangat jelas,,syariat Islam menyuruh kita berbuat baik sesama kita. Jadi, saya hairan kenapa Pas bermatian2 mahu menjatuhkan umno dlm pru2. Hasilnya,,pendek cerita lah,,nak karang semua pun mungkin semua dah tahu,,,cina jauh meninggalkan kita dalam segenap bidang, terutama ekonomi dan pendidikan dan akhir sekali, cina berjaya merampas KUASA PEMERINTAHAN negara. Negara kita yg punya,,tetapi cina pendatang yg memerintah negara sekarang. Betapa bodohnya politik org Melayu. Tinggalkanlah politik bodoh ini. Alhamdulillah,,sekarang, sekalipun sudah terlambat, umno dan pas sudah berpakat. Kita boleh lihat betapa takutnya cina2 dan baruah2 melayu meteka hasil pemuafakatan umno dan pas. Kerana mereka sedar, jika kedua parti ini bersatu, sudah tentu pru15 nanti, ph akan temui jalan yg sukar. Tetapi untuk menghalau keluar cina2 dari Putrajaya,,bukan sesuatu yg mudah. Mereka akan lakukan seribu cara utk kekalkan putrajaya di tangan mereka.

    Reply

Leave a Reply