Isu TH : Dr Zaharuddin sedarkah tiada jaminan kerajaan untuk bon sekuriti RM19.9 bilion?

oleh Ab Jalil Backer

Panjang lebar Dr Zaharuddin Abd Rahman mempertahankan soal pengurusan dan pemindahan aset Tabung Haji.

Beliau lebih memfokuskan kepada soal remeh temeh CEO Cina, berbanding menjawab persoalan pokok bahawa bon sekuriti RM19.9 bilion tidak dijamin kerajaan.

Tulis Zaharudin, “Jika mereka gagal memulihkan aset tersebut, kerajaan tetap mesti menyelesaikan hutang hasil jumlah pemindahan aset kepada Tabung Haji.”

Boleh beliau jelaskan dibahagian mana ada jaminan tersebut?

Ini kerana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat memperincikan proses transaksi seperti berikut,

“proses itu bukan transaksi wang tunai dan tidak ada jaminan kerajaan ke atas sukuk yang dikeluarkan oleh SPV, sukuk juga tidak boleh diniagakan serta dilanggan sepenuhnya oleh Tabung Haji.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker