Dr M tidak akan serah jawatan PM pada Anwar, kata Tok Mat

Umno mendakwa perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan tugas jawatan perdana menteri dengan mudah kepada Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menjangkakan perkara itu kerana sangat mengenali sikap Mahathir sebagai seorang yang tegas.

Katanya, Anwar juga akan kekal sebagai individu paling lama memegang status “bakal perdana menteri”.

“Saya tahu atok (Mahathir) kita itu hatinya keras. Ini yang bercita-cita hendak jadi perdana menteri (Anwar) mati kering jadi bacang gantung tidak jatuh-jatuh.

“Saya tahu sangat atok kita itu. Dia tidak akan bagi,” katanya ketika menghadiri ceramah di Kampung Bemban, malam tadi.

Mohamad menambah, sebagai pembangkang, Umno dan PAS perlu bersatu dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah berlakunya pembubaran Parlimen lebih awal.

“Mahu tidak mahu esok, payah benar (pilih perdana menteri) dia (Mahathir) bubar Parlimen. Jadi kita mesti bersedia. Penyatuan ummah adalah agenda kita supaya kita dapat bina satu gabungan kekuatan baru,” katanya.

Mohamad berkata, Mahathir bukan perdana menteri yang mempunyai mandat yang kuat apabila bersama Pakatan Harapan, tidak seperti ketika beliau dalam Barisan Nasional.

“Beliau dipilih daripada parti yang hanya mempunyai 13 kerusi. Beliau sendiri kata hendak jadi perdana menteri pun terpaksa minta izin dan persetujuan daripada DAP kerana DAP dan PKR miliki kerusi majoriti di dalam Parlimen sekarang.

Beliau menambah, kekalahan BN dalam PRU14 kerana parti itu tidak mempunyai strategi yang baik.

“Sebanyak 30 kerusi parlimen kita kalah disebabkan pertandingan 3 penjuru. Jika tidak ada pertandingan 3 penjuru, kita susun persefahaman ini, 30 kerusi itu tidak akan kalah.

“Sebab itu saya amat yakin, jika persefahaman yang kita pupuk sekarang ini iaitu penyatuan ummah, seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam, saya yakin PRU15 kita akan rampas kerajaan daripada PH,” katanya.

Jangan takut kerjasama Umno-PAS

Mohamad menyeru penyokong Umno dan PAS tidak perlu takut jika ada pihak melabel kerjasama 2 parti itu sebagai satu deklarasi peperangan.

“Kita hendak bersatu bukan berperang. Sebab itu kita panggil perpaduan ummah, bukan perpaduan Melayu. Ummah ini rakyatlah.

“Kenapa DAP takut sangat? Kerana bersatu Umno dan PAS, 2 parti Melayu terbesar, kita senang-senang ambil balik negara.

“Bila Umno dan PAS bekerjasama, secara automatik orang Melayu akan bersatu. Bila Melayu sebagai penduduk majoriti bersatu secara tidak langsung kaum lain akan merasa nikmat kedamaiannya.”

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Kerakusan ‘orang tua’ ini hanya kematian sahaja akan merencatkankan segala cita citanya yg tiada bernokta.. Tiada siapa yg mampu menyekat kehendaknya fikirnya barangkali. Aku maseh hebat. Dia ditipu oleh kesihatan serta umur yang panjang dikurniakan oleh Allah SWT. Isteri serta anak2 gagal menasihatinya akan kehidupan pasti berakhir . Segala harta dan kuasa yg diburu2 tanpa puas tu tiada mengiringinya ke kubur hanya iman dan taqwa sahaja. Kehidupannya telah jauh menyimpang jauh dan kisah orang yang terdahulu sapertinya yg telah lama meninggal alam dunia tiada memberi apa2 kesan dihatinya. Kesian, umur di hujung2 masih lagi bermain ‘najis dunia’ umpama tua pikun yg sudah nyanyuk bermain najisnya. Siapa yg mau menasihatinya..?? Kesian si orang tua ni. Moga Allah SWT memberi hidayat kepadanya. Amin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker