#PrkRantau : Streram ‘mabuk’ agaknya, Hospital dah siap pun.

Semalam FMT melaporkan, Mohamad berkata, Streram perlu membuat kajian menyeluruh mengenai pembangunan di Rembau sebelum membuat kenyataan yang boleh memakan diri sendiri.

Beliau merujuk kepada isu pembinaan hospital di kawasan tersebut.

“Hospital Rembau sudah siap, pergilah tengok sendiri. Hospital itu sudah siap, tetapi Kementerian Kesihatan tidak lagi melakukan operasinya kerana mereka nak gunakan peralatan yang baru.

“Kalau Dr Streram kata tidak ada hospital di Rembau, maknanya dia ‘mabuk’ lagi sekali. Jangan kata saya tuduh dia mabuk pula. Itu gurauan saja. Sepatutnya dia tahu apa dia cakap,” katanya.



Streram seterusnya mempersoalkan kenapa hospital tersebut masih belum beroperasi. Streram sepatutnya menyoal Kementerian Kesihatan kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan PH, bukan lagi di bawah BN.

Apa yang penting di sini Hospital Rembau telah siap pembinaannya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker