#PrkRantau : CALON PKR TIDAK DIKENALI PENGUNDI INDIA RANTAU (VIDEO)

Jika Semenyih Ada ‘Aiman Tak Kisah’, Rantau Ada ‘Streram Kolej, Hospital, Balai Bomba’

Calon PKR bagi Pilihanraya Kecil N27 Rantau, Dr Streram kini setaraf dengan bekas calon PPBM bagi Prk Semenyih. Beliau cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya yang dikatakan tidak dikenali pengundi khususnya pengundi kaum India. Selepas Balai Bomba, Streram cuba mengeksploitasi isu Hospital dan kemudian membuat jenaka mahu membina Kolej di Rantau SEKIRANYA MENANG. Bagaimana pula kalau beliau KALAH?

Tonton video temuramah bersama seorang pengundi kaum India di Rantau.

Rupa-rupanya Streram merupakan ‘Muka Baru’ dan hanya timbul semula pada Prk Rantau.

Veteran India dalam video menyatakan mengapa beliau dan pengundi India Rantau akan memilih Dato Seri Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Adun Rantau. Jika dihitung jasa Tok Mat adalah tidak adil untuk dibandingkan dengan Streram namun itu hakikat sebenar yang dinyatakan pengundi yang ditemui.

Kebangkitan Rakyat yang semakin ‘MUAK’ dengan Pakatan Harapan juga merupakan faktor sampingan yang membantu kempen BN pada Prk ini. Bagaimanapun segalanya terpulang kepada pengundi samada memilih untuk ‘KENA KENCING’ dengan Pakatan Harapan atau ‘MEMBAWA TOK MAT’ masuk ke Dewan Undangan Negeri sebagai Pembangkang yang kuat dan berjuang untuk Rakyat Negeri Sembilan.

sumber :
https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/04/prk-rantau-calon-pkr-tidak-dikenali.html

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker