Harimau Asia : Kita Di Era Kebodohan

oleh Ab Jalil Backer

Di mana maruah penganjur Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia apabila salah seorang pembentang kertas kerja sendiri mengakui bahwa Malaysia tidak pernah menjadi Harimau ekonomi Asia.

Saya telah tulis isu sama dua tahun lalu bahawa Malaysia pada era pertumbuhan gemilang ekonomi Asia, hanya dikenali sebagai “tiger cub”

Adalah menghiburkan apabila mendengar orang macam Syed Saddiq merepek lmengaitkan kebangkitan Malaysia sebagai Harimau ekonomi Asia dengan keberanian beliau bercakap di Forum Ekonomi Dunia.

Alangkah beruntungnya jika usaha mengangkat ekonomi negara semudah air liur menteri ini. Memang sukar kita hendak memahami logik Syed Saddiq ini kecuali anggap sebagai lawak jenaka sahaja.

Namun apabila ada profesor sanggup hadir bagi memberi input bagaimana untuk Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, maka kita telah berada dalam era kebodohan yang luar biasa.

Sampai bila Kerajaan hendak meneruskan khayalan mengenai kejayaan silam. Jangan nanti dari tiger cub hanya menjadi anjing kurap.

Kita hanya harap kerajaan bangkit dari khayalan sebelum negara ini musnah.

p/s: Hibah mana Hibah? Bedebah betul.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker