Harga Gas murah di Singapura, rakyat pergi belilah di sana – Mahathir

Dr Mahathir cadang ‘beli gas di Singapura’

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak keperluan untuk mencontohi Singapura dalam mengurangkan harga bekalan gas.

“Kita sudah menjual pada harga subsidi. Ini (harga) sangat baik dan (subsidi) lebih daripada apa yang diberikan oleh negara-negara penghasil minyak besar.

“Apa lagi yang kamu mahukan?” katanya semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas soalan yang menyebut bahawa kerajaan Singapura telah menurunkan harga gas susulan penurunan harga dunia bagi gas asli cecair (LNG).

“Singapura kurangkan harga? Jadi beli di Singapura,” kata perdana menteri.

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa harga LNG di negara-negara Asia menurun ke paras tiga tahun paling rendah.

Harga berkenaan adalah pada AS$4.65 bagi setiap juta unit termal British (mmBtu) pada 21 Mac.

Ini adalah yang terendah sejak 15 April 2016, yang ketika itu pada harga AS$4.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker