Tommy Thomas Perlu Adil, Bukan Hanya UEC… Graduan USIM Juga Perlu Diiktiraf

Pemuda UMNO mendesak agar Peguam Negara, Tommy Thomas berlaku adil dan mempertimbangkan dengan serius untuk program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberikan pengiktirafan penuh dan memastikan syarat tambahan bagi graduan dari sistem Sijil Peperiksaan
Bersepadu (UEC) iaitu sekurang-kurangnya lima Kepujian di peringat Sijil Pelajara Malaysia (SPM), O-Levels atau setara yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.

Exco Biro Akademik dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin berkata Tommy Thomas tidak seharusnya menggunakan alasan bahawa ada beberapa universiti di United Kingdom (UK) yang menerima UEC sebagai syarat kemasukan ke program undang-undang mereka, maka graduan yang bersijil UEC harus diberi kelonggaran untuk menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP).

“Jika ini logik yang digunapakai beliau, saya rasa program undang-undang di USIM yang sememangnya berasaskan undang-undang negara wajar diiktiraf sepenuhnya,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, USIM telah bertahun lamanya berusaha untuk mencapai pengiktirafan penuh ini.



“Banyak siri lawatan ke fakulti oleh panel LPQB berserta semakan dan pematuhan dokuman-dokumen yang ketat bagi memastikan USIM dapat menyertai IPTA lain seperti UUM, UNISZA yang baru memperoleh pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profession Undang-Undang (LPQB) dan IPTA lain seperti UM, UKM, UiTM dan UIA.

“Selaku Pengerusi LPQB, Tommy Thomas seharusnya bertindak adil dan saksama dengan memberikan pengiktirafan penuh LPQB kepada program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari USIM agar kita boleh menyaksikan graduan program dari IPTA ini tidak perlu lagi menduduki peperiksaan CLP untuk mengamalkan undang-undang di negara ini.”

Reaksi tersebut dibuat susulan tindakan Tommy Thomas untuk menerima graduan undang-undang yang mempunyai UEC untuk menduduki Peperiksaan CLP.

“Ini keputusan unilateral Peguam Negara tanpa merujuk dasar muktamad Kerajaan Persekutuan mengenai UEC.” – MediaUMNO



Umno Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker