Tengok rambut saja boleh naikkah, tanya Rafidah kepada Pas.

Pegangan agama seseorang ialah urusan peribadi dan tidak seharusnya diukur secara luaran semata-mata, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz.

Beliau yang pernah digelar Wanita Besi berkata pada masa sama ada sesetengah “klepto berserban” yang berwajah seperti ahli syurga, tetapi rupa-rupanya melakukan perkara tidak elok membabitkan wang rakyat.

“Jangan ukur luaran. Itulah yang banyak klepto berserban.

“Lagi besar jubah dia, lagi banyak dia boleh simpan (sebab) poket besar.

“Minta maaflah, klepto yang jadi imam pun ada, kan? Itu yang berduyun-duyun pergi pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hari-hari tu,” katanya.

Jika sekadar melihat kepada wajah luaran mereka, kata Rafidah, pihak terbabit seperti ahli syurga.

Namun katanya seseorang ahli syurga sepatutnya tidak melakukan kesalahan seperti mencuri atau melakukan pecah amanah, terutama wang milik rakyat.

Nampak rambut semua ‘naik’

Rafidah berkata demikian ketika berucap dalam program Bicara Minda di Shah Alam hari ini.

Terdahulu beliau menjawab soalan moderator Johan Jaaffar tentang penilaian nilai Islam yang lebih bersifat luaran seperti cara berpakaian dan sebagainya.

Mengulas isu itu, Rafidah mengimbau kenangannya yang pernah disoal tentang penampilan tidak bertudung ketika menjawat jawatan ketua Wanita Umno satu ketika dulu.

Mengulang jawapannya pada waktu tersebut, Rafidah menjelaskan, suaminya tidak pernah meletakkan peraturan berkaitan pemakaian tudung.

Baca Panduan mudah mengenal negara kleptokratis

Kabinet dan perlembagaan juga, katanya, turut tidak meletakkan syarat berkaitan hal itu.

Jawab Rafidah lagi, dosa ialah urusan peribadi yang ditanggung sendiri oleh pelakunya, sekiranya benar seseorang itu melakukan kesalahan, dan terserah kepada pihak yang memandang wanita tidak bertudung untuk menjaga imannya.

“Takkan tengok rambut wanita semua ‘naik’? Baru tengok rambut. Saya berkata, orang lelaki yang beriman, kalau pada masa saya tengah bercakap ini masuk seorang wanita yang berbogel, (orang) yang beriman itu akan buka baju dan tutup wanita bogel itu kerana dia tahu wanita itu tidak siuman.

“Yang gatal tu, pergi ambil kamera, ambil gambar lagi dekat. Itu bezanya.

“Saya tak bertanggjawab atas dosa dia, dia tak bertanggungjawab atas dosa saya. Masing-masing dosa tanggung sendiri. Jangan guna politik agama. Lepas tu tak bangkit dah cerita saya (tak) bertudung,” katanya lagi.

Sumber Mkini

https://mykmu.net/2018/04/06/siapa-rafidah-pertikai-keputusan-ros/

Related Articles

One Comment

  1. Sebenarnya memang ada perintah menutup kepala di dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah an-Nur, 24:31:

    وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan khumur”

    Apakah maksud khumur?

    Khumur, kata jamak bagi khimar, bererti kain yang dipakai di atas kepala wanita.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker