Jihad Umno-PAS tiada kena mengena dengan perang – Ismail

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri menjelaskan bahawa kerjasama Umno dan PAS sebagai jihad bukan membawa maksud perang.

“Perkataan jihad itu sendiri merujuk kepada perjuangan.

“Jihad membawa erti perjuangan, ia tidak ada kena mengena dengan perang. Orang ramai salah anggap.

“Tidak, jihad bermaksud perjuangan, perjuangan dalam ekonomi dan pendidikan,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Semalam, Ismail berkata perjanjian kedua parti tersebut adalah satu jihad untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan menjadi kerajaan anti Melayu dan Islam.

Tambahnya, ketika tempoh menjadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, beliau pernah mengumumkan “jihad” tetapi tiada siapa yang berperang atau ditembak mati.

Malah, Ahli Parlimen Bera itu juga merujuk kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga pernah melancarkan jihad pendidikan ketika menjadi menteri mendidikan sewaktu zaman pemerintahan BN dahulu.

“Saya jamin jihad Umno dan PAS tidak akan menjejaskan orang bukan Melayu serta orang bukan Islam,” tambahnya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker