Azmin dan timbalannya tiada dalam Parlimen bila giliran mereka menjawab soalan.

Menteri Tak Ada Di Parlimen… Dulu Asyik Hentam BN, Sekarang Terkena Batang Hidung Sendiri

Ibarat menepuk air terkena muka sendiri… kini pemimpin Pakatan Harapan (PH) boleh menyelami maksud peribahasa ini dengan baik apabila apa yang mereka pertikaikan dahulu sudah terkena batang hidung sendiri sebagaimana yang berlaku dalam sidang Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said memulangkan paku buah keras ketika mencelah sesi pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Rakyat apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin membacakan jawapan bagi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Ini kerana Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan timbalannya, Dr. Mohd Radzi Md Jidin tidak berada di dalam dewan ketika giliran kementerian mereka untuk menjawab soalan daripada ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sehubungan itu, Ismail mengingatkan sikap Hanipa dahulu semasa menjadi ahli Parlimen pembangkang kerana beliau yang paling lantang mengutuk kerajaan BN berkaitan perkara yang sama.

“Hari tu (Hanipa) marah kalau menteri lain jawab… masihkah kau ingat?” tanya Ismail kepada Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

Selain itu Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mencelah dengan mempersoalkan di mana menteri dan timbalannya.

Secara berseloroh Hanipa memberikan jawapan “menteri versatile” yang turut mengundang Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah mempertikaikan dengan berkata, “mana boleh versatile.”

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad juga bangun turut bangun mempertikaikan hal tersebut.

“Mana boleh macam ni… menteri tak ada… tak adalah… macam mana ni menteri lain pulak jawab bagi kementerian lain,” katanya.

Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon kemudiannya terpaksa menjelaskan sudah ada surat pemakluman mengenai jawapan oleh menteri lain sebelum ini.

Jawapan Timbalan Speaker itu dibidas oleh Ismail kerana semasa zaman pemerintahan BN dahulu juga mempunyai surat pemakluman tetapi pembangkang ketika itu terus-terusan menghentam BN. – MediaUMNO

Umno Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker