‘Bossku’ diprovokasi di Kuala Selangor

Hasrat sekumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak senang dengan kehadiran ‘Bossku’ dan cuba mencetuskan kekecohan sepertimana dilakukan pelajar Universiti Malaya (UM) yang pro PH baru-baru ini tidak kesampaian.

Ini selepas, orang ramai yang hadir untuk bermesra dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Mek Teganu langsung tidak mempeduli dan ambil kisah tentang provokasi dicetuskan kumpulan kira-kira 10 lelaki yang memakai kemeja T Pakatan Harapan tersebut.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini pihak polis yang berpakaian preman bertindak mengarahkan kumpulan terbabit beredar dari restoran berkenaan.

Sementara itu, Najib dalam reaksi segera terhadap insiden tersebut berkata, beliau pelik apabila PH tidak selesa dengan kehadirannya di Selangor biarpun sekadar mahu bersarapan bersama rakyat.

“Seperti penyokong “Raykat” DAP yang membuat hal semasa saya di sebuah restoran dekat UM dua minggu dahulu, orang PH cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi saya di Selangor. Saya makan nasi campur pun PH tak senang.

“Penyokong kami tidak lagi senang untuk termakan provokasi dan termasuk perangkap pihak PH yang hanya berhasrat untuk mencari gaduh.

“Yang memulakan provaksi akan terlepas. Yang memberi reaksi kepada provokasi akan ditangkap dan didakwa. Itulah undang-undang #MalaysiaBaru di bawah PH sekarang,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker