Berbagai kesalahan PH di PRK tetapi tiada tindakan oleh SPR sehingga kini – Najib

Selepas PRK Semenyih bulan lepas, pihak BERSIH dan pihak SPR pernah mengeluarkan kenyataan.

Menurut Pengerusi BERSIH, Thomas Fann, kesalahan paling tinggi dilakukan oleh Pakatan Harapan.

“Kami kecewa, di sebalik usaha memberi kesedaran tentang kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kumpulan seperti Bersih, parti-parti politik terus melanggar undang-undang.

“Adakah kerana mereka rasa jika mereka langgar undang-undang sekalipun, tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka?” katanya

Harapan biggest culprit in Semenyih polls offences – Bersih
https://www.malaysiakini.com/news/467100

Pada masa yang sama,Pengerusi Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun mengesahkan bahawa PH melakukan lebih banyak kesalahan pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih berbanding BN.

Pakatan lebih banyak buat kesalahan pilihan raya, kata SPR
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/139598

Kedua-dua SPR dan BERSIH telah sebulat suara bahawa PH melakukan banyak kesalahan.

Tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan undang-undang telah diambil terhadap PH untuk PRK Semenyih.

Begitu juga untuk PRK Cameron Highlands.

Inilah kerajaan Telus, Bersih, Adil dan mengikut “Rule of Law” yang PH pernah berjanji sebelum PRU14.

Satu lagi janji manifesto PRU14 telah dicapatikan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker