Aset PNB Pula Jadi Mangsa… Kerajaan PH Dahaga Wang Sangat Ke Sekarang? Soal Najib

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terus mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya tahu menjual aset-aset kerajaan sebagai jalan mudah mendapatkan hasil pendapatan.

Bidasnya, adakah kerajaan PH terlalu ‘dahaga’kan wang dengan men’cair’kan aset-aset kerajaan dan terbaharu Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula menjadi mangsa mereka.

“Saya percaya ramai pencarum-pencarum tabung PNB akan bimbang jika PNB meneruskan langkah memajak aset mereka untuk meminjam berbilion-bilion melalui bon pinjaman.

“Kerajaan PH dahaga wang sangat ke, sekarang?

“Adakah ini satu cara untuk ‘cairkan’ aset PNB seperti yang dumum oleh Tony Pua tahun lepas?,” soal Najib dalam hantaran di Facebooknya, yang turut memberi pautan kenyataan Tony Pua tersebut; https://www.malaysiakini.com/news/446627

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan mengulas mengenai laporan ‘Bloomberg’ yang menyatakan bahawa PNB ingin mengikut jejak Khazanah Nasional dengan mengeluarkan bon pinjaman atau sukuk buat pertama kali dalam sejarah mereka.

“PNB dilaporkan akan gunakan aset-aset dari tabung-tabung amanah ASB dan ASN mereka seperti pegangan saham mereka di dalam Maybank, Sime Darby, TNB dan lain-lain sebagai pajakan bagi meminjam bon ini.

“Pinjaman dalam matawang asing ini pula akan digunakan untuk pelaburan baru PNB di luar negara.

“Langkah PNB yang luar biasa ini tentu ada risikonya, termasuk risiko meminjam dalam matawang asing dan terdedah kepada ketidaktentuannya,” tambahnya.

Bahkan kata Najib lagi, baru-baru ini sahaja, rakyat terkejut apabila Khazanah melaporkan nilai aset mereka jatuh RM25 bilion atau 22% tahun lepas serta mengalami kerugian besar sebanyak RM6.3 bilion.

“Inilah Malaysia Baharu yang anda pilih?,” tegas Najib lagi. – MediaUMNO

Umno Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker