KAPAL EQUANIMITY: BIAWAK HIDUP KEPADA MAHATHIR DAN GUAN ENG

Oleh Mohd Puad Zarkashi

6 Februari 2019

Tun M dan Lim Guan Eng orang paling ceria apabila kapal Equanimity dipulangkan kepada Malaysia pada 7 Ogos 2018. Indonesia memulangkannya kepada Malaysia atas permintaan peribadi Tun M kepada Presiden Jokowi. Pada 11 Ogos 2018, Tun M, Lim Guan Eng dn Mat Sabu melawat kapal tersebut.

Tujuan mereka sebenarnya hanya satu iaitu untuk spin isu 1MDB. Mahathir dan Guan Eng mahu membuktikan kapal itu dibeli menggunakan duit curi daripada 1MDB. Guan Eng berbangga dapat merampas Equanimity dan terus umum untuk melelongnya.

Hari ini terbukti Mahathir dan Lim Guan Eng gagal melelong kapal tersebut. Tidak ada siapa yang mahu membelinya. Ia sudah menjadi biawak hidup kepada Kerajaan PH.

Apa tidaknya, Kerajaan terpaksa berbelanja RM2 juta sebulan untuk menyelenggara kapal tersebut. Sekarang sudah 7 bulan tersadai. Itu bermakna Kerajaan sudah membazir wang rakyat sebanyak RM14 juta. Bukankah itu pembaziran namanya?

Tommy Thomas juga tumpang malu kerana Peguam Ms. Sitpah Nevaratnam, kroni beliau yang menjadi Penasihat Transaksi dan Peguam 1MDB untuk melelong kapal tersebut telah gagal. Bahkan beliau mengakui 20 pembida sebelum ini hanya oportunis. Mereka mahu membelinya di bawah harga AS$100 juta sedangkan harga asal ialah RM1 bilion.

Sampai bila kapal ini akan tersadai sehingga menjadi besi buruk? Berapa banyak lagi wang rakyat akan dibazirkan? Difahamkan pemilikan kapal ini sudah menjadi pertikaian mahkamah maka sudah pasti tidak ada pembeli yang berani untuk membelinya.

Inilah cerdiknya Kerajaan PH.

Akhirnya senjata makan Tuan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker