Pencemaran Toksik Melarat, Hairan… Kerajaan PH Seakan Ambil Mudah

Share

Senator Dewan Negara, Datuk Fahariyah Md Nordin melahirkan rasa hairan kenapa sampai sekarang kerajaan Pusat yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dilihat ambil jalan mudah dan masih tidak membuat apa-apa tindakan berhubung kejadian pencemaran toksik yang semakin melarat di Pasir Gudang.

Katanya, isu di Pasir Gudang ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan negeri, tetapi sebahagian besar adalah tanggungjawab kerajaan pusat apatah lagi keadaan yang terjejas semakin merebak sekarang ini.

“Kejadian berlaku pada 7 Mac, sepatutnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (sekreteriat NADMA) di bawah Timbalan Perdana MENTERI (TPM) perlu mengaktifkan segera Sekretariat Peringkat Pusat dengan negeri dan menteri ‘kewayangan’ perlu mengeluarkan bajet luat jangka untuk menangani bencana bahan kimia di Pasir Gudang,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, setakat hari ini belum nampak menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) turun dan mengarahkan supaya kilang di tutup.

“Selain Akta Kualiti Alam Sekitar dan Kanun Keseksaan, pemilik kilang juga perlu di dakwa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan (OSHA) kerana majikan membenar atau membiarkan pekerja membuang residual ke sungai dan tidak mengurus sisa bahan kimia dengan cara yang sepatutnya,” tegas beliau.

Dilaporkan, semalam Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menyifatkan kejadian pencemaran toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak seminggu lalu bukanlah isu besar kerana tidak menyebabkan kematian dan tidak ada yang kritikal.

Sementara itu, seluruh sekolah di daerah Pasir Gudang berjumlah 111 buah diarahkan untuk tutup berkuatkuasa serta-merta. – MediaUMNO

UMNO ONLINE

One thought on “Pencemaran Toksik Melarat, Hairan… Kerajaan PH Seakan Ambil Mudah

  • March 14, 2019 at 5:41 pm
    Permalink

    Bukan nak berpolitik, kerajaan PH tidak mengendahkan rakyat sepertimana kerajaan BN…itulah faktanya….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *