Isytihar darurat bencana toksik! – Ahmad Maslan

Share

Seperti mana negara pernah mengisytiharkan darurat bencana jerebu di kawasan Ledang dan Muar pada 2013, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) meminta supaya darurat bencana toksik juga diisytiharkan di kawasan Pasir Gudang segera.

Itu merupakan satu daripada tiga cadangan dikemukakan Ahmad ketika memberikan soalan tambahan kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dalam sesi pertanyaan menteri Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Pada 24 Jun 2013, Perdana Menteri ketika itu, Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi daerah Ledang dan Muar kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) ketika itu melebihi 500.

“Oleh kerana itu kita cadangkan agar diisytiharkan darurat bencana toksik untuk daerah Pasir Gudang kerana pembersihan sungai hanya boleh selesai lebih daripada tujuh hari. Pengisytiharan darurat ini tidak perlukan perintah berkurung dan ia boleh diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi,” katanya.

Dua lagi cadangan yang dibawakan Ahmad adalah supaya kerajaan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menambah hukuman dan meningkatkan penyelarasan serta semua mangsa terlibat diberikan pampasan yang sewajarnya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *