Facebook, Whatsapp, Instagram alami gangguan

Share

Guna Twitter, Telegram untuk maklumat terkini

Aplikasi media sosial popular, Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna tidak dapat mengikuti perkembangan terbaharu ketika ini.

Dek kerana gangguan tersebut, Facebook terpaksa menggunakan aplikasi Twitter untuk memaklumkan kepada warganet tentang masalah yang dihadapi dipercayai bermula dari petang semalam.

“Kami sedar sejumlah pengguna sedang berdepan masalah mengakses aplikasi berkaitan Facebook dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin,” jelas Facebook dalam laman Twitter pagi tadi.

Facebook menambah, gangguan yang dihadapi itu tidak ada kaitan dengan serangan DDos yang dikatakan punca masalah tersebut berlaku.

Ramai dalam kalangan netizen menyatakan kekecewaan mereka di Twitter selepas tiada kemas kini terbaharu di Facebook dan Instagram sejak beberapa jam lalu.

Bagi pengguna Whatsapp pula, antara masalah yang dihadapi ketika ini adalah tidak dapat menghantar foto dan video sehingga ada yang terpaksa menggunakan aplikasi Telegram untuk urusan kerja. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *