Penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru – TMJ

Penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan YDPA.

Artikel 27 Statut Rom memperuntukkan bahawa kekebalan (immunity) atau peraturan-peraturan khas yang terpakai bagi seseorang semasa menyandang jawatan rasminya di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa tidak boleh menghalang Mahkamah Jenayah Antarabangsa daripada melaksanakan bidang kuasanya ke atas orang sedemikian. Artikel ini merupakan salah satu aspek penting kerana ia menyentuh isu kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 32(1), Perkara 181(2), Perkara 182 dan Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, apa-apa pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan hak keistimewaan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, selaras dengan Fasal (4) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan

Persoalannya adalah sama ada perkara ini telah dibincangkan dengan Majlis Raja Raja sebelum kabinet dan Kerajaan membuat keputusan penerimaan Statut Rom? Setahu saya, apa yang dititahkan kepada saya oleh DYMM Tuanku adalah perkara ini tidak dibincangkan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Mengapa perlu tergesa-gesa atau perlunya menandatangani perjanjian ini? Apakah manfaatnya kepada negara? Dengan menandatanganinya, kami meletakkan Pemerintah Tertinggi iaitu YDP Agong dalam keadaan yang tergugat dan boleh diheret ke mahkamah antarabangsa. Tindakan yang memberi kesan kepada Pemerintah Tertinggi harus terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja.

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ini digubal oleh United Nations. Siapa yang mendapat faedah daripadanya? Hanya beberapa kuasa besar. Bagaimana mereka itu tidak pernah mempersoalkan apa yang berlaku kepada rakyat Palestin dan bagaimana rakyat tersebut menderita?

Ini tidak bagus buat Raja-Raja, Melayu dan Islam. Tanpa anda menyedari, kita selaku orang Melayu telah mempermudahkan mereka untuk mencapai matlamat dan agenda mereka. Inilah akibatnya apabila ada segelintir pihak mahu terlalu liberal. Kita sentiasa harus mempertegakkan Islam.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Related Articles

One Comment

  1. YDPA & Majlis Raja2 harus membuat perbincangan segera menolak penerimaan statut rom ini yang dibuat secara senyap2 oleh kerajaan pakatan hancing yang diterajui majoriti kafir harbi DAP…jika kerajaan tidak mahu membatalkan penerimaan statut rom ini, semoga ianya dapat dijadikan isu & kebimbangan besar kepada Orang Melayu untuk membuat bantahan secara besar-besaran lagi sepertimana bantahan terhadap ICERD

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker