Kerajaan ‘Penyatuan Ummah’ UMNO, Pas di empat negeri – Tok Mat

UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hasrat itu telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti, baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan lanjut.

Bagaimanapun jelasnya, satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa dibentuk Pas kelak.

“Sebab itu saya bincang dengan Pas tempoh hari, kalau boleh kita mulakan dulu kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah ini di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Manakala di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH) juga kita akan ‘goncangkan’ agar mereka (PH) tidak senang duduk,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Penyatuan Ummah: PAS Tempelak Pihak Tertentu Terus Menerus Lempar Tohmah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker