BN dalam keadaan baik, kami dengar aduan MIC dan MCA, kata Tok Mat · MYKMU.NET

BN dalam keadaan baik, kami dengar aduan MIC dan MCA, kata Tok Mat

Share

Barisan Nasional masih dalam keadaan baik kerana tiada persetujuan dicapai berhubung resolusi MCA untuk membubarkan bekas gabungan pemerintah itu, kata Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan.

Beliau merujuk resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung tahunan MCA pada 2 Disember lalu untuk membubarkan BN dan membentuk gabungan baru yang lebih berkesan.

“Umno dan MIC merasakan tidak perlu membubarkan BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

“Setiap pihak mempunyai ruang untuk berfungsi. Kami mempunyai ruang untuk bekerja dengan PAS. Di Balakong, MCA mempunyai ruang menggunakan logo mereka.”

Mohamad berkata, BN bersetuju menubuhkan jawatankusa teknikal bagi membincang dan menyelesaikan setiap masalah disuarakan parti komponennya.

Isnin lalu, MCA dan MIC mencadangkan BN dibubarkan supaya kedua-dua parti itu boleh meneroka peluang menubuhkan pakatan baru kerana kecewa dengan perkembangan semasa yang menyaksikan asas kesefahaman tidak lagi dihormati.

FMT

Leave a Reply