Kata tak gentar dengan Umno-PAS, tapi banyak cakap, kata Najib

Share


Najib Razak berkata walaupun Pakatan Harapan kata tak gentar dengan kerjasama Umno dan PAS, para pemimpinnya berebut-rebut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Bekas perdana menteri berkata semua kenyataan tersebut mengatakan perkara yang sama, iaitu PH tidak bimbang dengan perkembangan itu.

“Kalau tak gentar dan tak bimbang, tak payahlah PH keluarkan begitu banyak kenyataan,” katanya di Facebook.

Najib menyarankan PH tumpu kepada merawat ekonomi negara yang dikatakan terus merosot dan kos sara hidup yang semakin naik.

“…dan skandal berbilion-bilion ringgit terowong Pulau Pinang yang kerajaan PH masih tidak mahu menjawab,” katanya.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata dia tidak bimbang dengan kerjasama antara 2 parti itu, yang membantu kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Semenyih.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga nampaknya tidak kisah dengan kerjasama itu, mengatakan tidak semua orang Melayu menyokong mereka.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS pada sidang media semalam, yang turut disertai pimpinan tertinggi parti Islam itu.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *