Isytihar Perang : Kenyataan Guan Eng boleh cetus huru-hara, ambil tindakan di bawah Akta Hasutan – Tajuddin

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan setelah Menteri Kewangan itu menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas sebagai menyasarkan bukan Melayu di bawah panji ‘perpaduan Melayu’.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia suatu kenyataan daripada seorang menteri tidak bertanggungjawab yang mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

“Pihak berkuasa mesti ambil tindakan di bawah undang-undang hasutan.

“Kenyataan Guan Eng ini boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan
huru-hara. Ekonomi negara juga akan terjejas. Pelabur akan lari,” kata Tajuddin kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp malam ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker