DAP Ancaman Kepada Perpaduan Kaum

Share


oleh Ab Jalil Backer

Masyarakat bukan bumiputera tidak perlu bimbang dengan penyatuan Melayu dan Muslim di negara ini.

Penyatuan umat Islam Tanah Melayu suatu masa dahulu bukan sahaja telah berjaya memerdekakan negara ini, malah telah menjamin kerakyatan masyarakat imigran.

Penyatuan umat Islam juga telah memberi hak kepada semua agama untuk diamalkan secara bebas mengikut undang-undang negara.

Penyatuan tersebut telah memberi hak kepada bukan bumi mempunyai sekolah sendiri, mengaut kekayaan negara dari hutan balak, serata tanah lembah klang sehingga ke puncak Genting dan Cameron.

Penyatuan Melayu juga tidak pernah menghalang perkembangan bahasa mandarin dan tamil, mahu pun cara hidup mana-mana kaum.

Masyarakat Cina dan India sepatutnya merasa bimbang dengan DAP yang cuba menghancurkan persahabatan antara kaum dan agama untuk terus kekal berkuasa.

Tindakan DAP secara berterusan cuba memaksa nilai-nilai baru yang bertentangan dengan worldview orang Melayu dan muslim adalah satu provokasi dan mencetuskan perasaan kurang senang antara kaum.

Terbaru kritikan dan cemuhan Lim Guan Eng terhadap kerjasama dua parti Melayu dan Islam terbesar di negara ini adalah satu provokasi yang sangat membimbangkan.

DAP telah mewujudkan rasa curiga orang sebahagian besar Melayu terhadap kaum Cina. Ini sangat merbahaya dan merosakkan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *