Khazanah Nasional rugi buat kali pertama

Nilai aset bersih Khazanah Nasional turun RM25 bilion (21.6%) kepada RM91 bilion pada akhir tahun 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya.

Manakala Khazanah merekodkan kerugian RM6.3 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM2.896 bilion tahun sebelumnya di bawah BN.

Dalam tempoh sepuluh tahun saya menjadi PM dan pengerusi syarikat itu, Khazanah tidak pernah rugi.

Nilai asetnya juga tidak pernah turun dan naik setiap tahun semasa saya PM.

Dalam tempoh sepuluh tahun ini, nilai aset bersih (net asset value) Khazanah telah naik RM82.3 bilion (244%) dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM116 bilion pada akhir 2017.

Setelah PH ambil alih, nilai Khazanah terus jatuh RM25 bilion menjadi RM91 bilion.

Kejatuhan RM25 bilion bukan satu angka yang kecil. Boleh bayar hampir semua hutang 1MDB atau hampir setengah dari kos ECRL RM55b bilion.

Tak apalah, RM91 bilion yang tinggal di Khazanah itu masih banyak.

Banyak lagi aset negara boleh jual.

Jual lagi semasa harga murah.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker