Kadar ekspot negara jatuh kepada 4 %

Unjuran kadar kenaikkan ekspot negara untuk tahun ini telah diturunkan kepada 4% sahaja.

Ini satu kejatuhan besar berbanding kadar 6.7% tahun lepas dan kadar kanaikkan 18.9% untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN.

Bagaimanapun, kadar pertumbuhan eksport untuk bulan Januari 2019 yang baru diumumkan oleh kerajaan semalam hanya 3.1%, iaitu di bawah unjuran tahunan 4%.

Mengikut Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Malaysia (PMI) yang di keluarkan minggu lepas oleh syarikat kewangan Jepun Nikkei, sektor pembuatan Malaysia telah mengalami penurunan untuk lima bulan berturut-turut.

Indeks PMI ini jatuh lagi ke 47.6 untuk bulan Februari berbanding 47.9 untuk bulan Januari, iaitu masih di bawah angka 50 yang menunjukkan penyusutan sektor pembuatan.

Laporan Nikkei merumuskan bahawa kedua-dua jualan eksport dan jualan dalam negara sektor pembuatan di Malaysia terus menurun.

Jumlah pesanan belian baru (new orders) yang diterima untuk bulan Februari lalu turut dilaporkan sebagai mengalami kadar penuruan paling teruk pernah tengok di dalam sejarah laporan Nikkei ini.

Satu lagi laporan pada hari ini juga merumuskan bahawa keuntungan untuk syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk suku pertama tahun 2019 ini akan jatuh lagi.

Laporan itu menyifatkan kejatuhan ini adalah antara paling teruk yang pakar analisa kewangan itu pernah tengok.

Selepas PRU14, ekonomi telah merosot untuk tahun 2018 lepas walaupun jelas meningkat sebelum PRU14.

Tetapi, data dan laporan yang kita sedang dikeluarkan tiap-tiap minggu jelas menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia akan terus merosot lagi tahun 2019 ini.

Minta Menteri Kewayangan kita jangan main hantam lagi dan fokus kepada tugasnya.

1 Mac 2019: Manufacturing index posts decline for fifth straight month
https://www.themalaysianinsight.com/s/136962

5 Mac 2019: Export growth at 3.1% in January but outlook remains weak
https://www.theedgemarkets.com/article/export-growth-31-january-outlook-remains-weak

5 Mac 2019: : Malaysia export growth to decelerate to 4% in 2019, says RHB Research
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-export-growth-decelerate-4-2019-says-rhb-research

5 Mac 2019: Another bad quarter for corporate Malaysia
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/03/05/another-bad-quarter/#4m4SPj8qsAxsj6al.99

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker