BN: Hari Itu Pun Kata UMNO Dah “Mati”, Apa Bertambah Lagi 2 Kerusi

Cakap-cakap di media sosial mengatakan ada usaha nak menenggelamkan kegemilangan UMNO/BN lanjutan dari kemenangan merampas kerusi parti lawan di PRK Semenyih yang baru lepas.

Ini berikutan timbulnya surat dari 2 parti komponen BN semalam (selang sehari selepas menang di Semenyih) dan diikuti dengan konon-konon nak menendangkan UMNO ini keluar dari BN.  Surat itu kalau dibaca betul-betul, takde kata nak keluar pun, cuma membincangkan kontroversi yang berlaku baru-baru ini membabit sesama pimpinan dalam parti

Politik ini kita kena ingat, tak selalunya berjalan lurus.  Kadang-kadang sesuatu itu perlu “dikatakan” demi memuaskan hati pihak tertentu  serta dalam keadaan sekarang – bagi mengelak masalah yang lebih “besar”. Tapi sama ada berlaku atau tidak apa yang “dikatakan”, itu adalah 2 perkara berbeza.

Macam hari itu, ada Ahli Parlimen UMNO (kini bekas) kata nak keluar parti sebab ura-ura nak bekerjasama dengan DAP, tapi penyudahnya mereka masuk parti yang memang sedang bekerjasama dengan DAP jugak!

Nampak?

Hakikatnya, cerita BN nak dimansuhkan, BN nak dijenamakan, BN nak diitu, UMNO nak diini dan sebagainya ni dah acap kali kita dengar lepas kalah dalam PRU14 hari itu, malah ada satu resolusi pada Disember dari salah satu parti komponen yang mahu itu berlaku pun.

Tapi kalau dilihat dari kerjasama di Cameron Highland dan Semenyih baru-baru ini, nampak takde apa sangat yang berubah.

Semangat setiakawan tu masih utuh nampaknya walaupun mungkin dengan satu parti berasaskan kaum tertentu ini, kelihatannya tak berapa ketara sangat bekerjasamanya.

Itu yang pertama.

Kedua, kita kena percaya kepimpinan yang sedia ada sekarang untuk menyelesaikan masalah, jika pun masalah yang dikatakan itu wujud.  Saya yakin kalau kita boleh menang menentang parti lawan, takkan tak boleh ‘menang’ menyelesaikan persengkataan dalaman?

Yang penting sekarang adalah mengenal siapa lawan dan siapa kawan walaupun sesama Barisan.

Cakap pasal UMNO sendirilah kan, dari dikatakan nak mati, nak itu dan ini, penyudahnya menambah lagi 2 kerusi, yang parlimen menambah berkali ganda majoriti, yang DUN, merampas dari parti lawan.  Ini semua menunjukkan drama boleh reka tapi rakyat tidak makan dengan drama ini semua..

Melainkan mana yang suka makan temberang tu lah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker