Tidak patut BN disalahkan kerana Nazri Aziz

oleh Ab Jalil Backer

Tidak betul UMNO tidak respon kepada kenyataan DS Nazri Aziz. Saya fikir masalah Tok Mat ialah lantikan jawatan ini dibuat oleh Pengerusi BN, jadi sukar untuk beliau membuat perubahan struktur parti.

Dalam politik negara ini kita perlu kerjasama dengan semua kaum untuk mentadbir negara.

Biarpun ramai orang Cina dan India tidak lagi menyokong MCA dan MIC kerjasama ini perlu diteruskan.

Sekian lama adalah UMNO adalah parti sederhana yang menerima pandangan semua kaum.

MCA dan MIC juga perlu menjadi lebih matang dan tahu membezakan antara kenyataan politik SUA BN dengan keputusan politik BN.

Jika Nazri gagal menjalankan tugas beliau, maka usullah supaya Nazri diganti bukannya menyalahkan keseluruhan BN dan UMNO.

MCA tidak boleh ganti DAP. Mereka memerlukan segmen pengundi Cina yang lain.

Demikian juga MiC mereka tidak boleh ganti Hindraf dan PKR. Mereka perlu mencari pengundi India yang sederhana dan tidak ekstrem.

Biar sikit asalkan berkualiti dan memahami perkongsian kuasa negara ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker